SMK DATO' SHAMSUDIN NAIN
BERILMU BERBUDI BERAMAL
   UTAMA
 

Selamat Datang Ke SMKDSN

Selamat Datang


"Selamat Datang ke dunia siber Sekolah Menengah Dato' Shamsudi Nain, Rantau, Negeri Sembilan. Bersyukur kepada Allah
 dengan izinnya, SMK DSN berjaya membangunkan laman webnya untuk menambah kriteria pembestarian sekolah. Kejayaan
 ini juga sebagai satu usaha untuk merapatkan jurang ICT antara sekolah kawasan luar Bandar dengan sekolah di Bandar
 seperti yang dituntut dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan - Teras 2 : Membangunkan Modal Insan, dan Teras 4 :
 Merapatkan Jurang Pendidikan."                                                                                                                        - Pengetua SMKDSN

 

Selamat datang ke SMKDSN diucapkan kepada pelajar baru dan selamat meneruskan pembelajaran diucapkan kepada pelajar yang lain.
Semoga kedatangan 2010 memberi satu motivasi dan inspirasi kepada semua pelajar untuk meneruskan perjuangan dan azam 2010
dalam usaha mencapai kecemerlangan dan kebitaraan.

Seharusnya, pelajar telah mempersiapkan diri dengan segala keperluan sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Sekolah
merupakan satu medan untuk anda semua mencipta kejayaan. Di sinilah bermulanya segala pahit manis dalam kehidupan anda
kerana saya percaya mungkin 5 atau 10 tahun nanti anda akan masih boleh mengimbau segala kenangan-kenangan itu di benak
fikiran anda.

Bagi yang akan berperang dan berjuang dalam peperiksaan yang besar iaitu PMR dan SPM, selamat meningkatkan usaha anda dan
menetapkan sasaran anda dengan betul. Bagi pelajar lain pula jangan lah leka, kerana setiap detik dalam hidup ini adalah peperangan,
jika kita tidak membunuh kita akan terbunuh. Hayatilah pepatah Arab yang berbunyi, masa itu ibarat mata pedang, jika kita tidak
memotongnya maka kita akan di pancung.Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan PMR
2009, tetapi jangan pula lena dengan kejayaan semalam kerana perjuangan anda belum selesai, ada SPM bakal menanti. Maka
cepat-cepat memasang strategi untuk menggapai kecemerlangan yang seterusnya. Bagi yang tewas, bersedialah untuk bangkit semula,
jangan patah semangat kerana kejayaan masih ada bagi yang rajin berusaha.
“ Kejayaan tidak datang kepada orang yang LEKA…. “